Thursday, April 29, 2010

Pengalaman Memancing

Tempat: Pulau Kendi (Pulau Pinang)
Waktu : 7.00 ptg -4.00 pagi
Tarikh: 24.04.2010
Hari: Sabtu

Pengalaman memancing bersama dengan teman-teman di Pulau Kendi yang aku tidak dapat lupakan..Kami memulakan perjalanan ke Pulau Kendi pada pukul 5 ptg dan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Pulau berkenaan. Aktiviti pertama yang kami lakukan adalah mencandat sotong untuk dijadikan umpan semasa memancing ikan.....

Mencandat sotong memang memerlukan kesabaran dan kecekalan...bukan mudah bagi aku untuk mencadat sotong..memang suatu pengalaman yang aku tidak dapat lupakan...



Inilah hasil tangkapan yang aku perolehi pada hari berkenaan



Letih jugak memegang joran ..


Walaupun mengantuk, namun hasil yang diperolehi memang sangat memuaskan hati..


Terasa sangat gembira apabila tali pancing ditarik ...



Setelah jam menunjukkan pukul 4.30 pagi, kami semua keletihan dan mengantuk....selepas berehat untuk setengah jam, kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah.....